" A year from now you may wish you had started today "

30 June 2016

Bila Lailatul Qadr?

- Berlaku pada 10 malam akhir ramadhan. Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 2020 dan Muslim no. 1169)

- Kemungkinan berlaku pada malam ganjil lebih tinggi berbanding malam genap.Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 2017)



- Ramai yg sahabat nabi berpendapat ianya malam ke 27 ramadhan.Antaranya Muawiyah bin Abu Sufyan dan Ibnu Abbas.Ubay bin Kaab bersumpah dgn nama Allah malam qadr ialah pada malam ke 27 kerana nabi memerintahkan mereka utk solat malam pada malam ke 27.

- Mengikut Lataih Quraniyah ( kehalusan seni quran ), perkataan 'lailatulqadr' mempunyai 9 huruf dan diulang dalam surah Al-Qadr sebanyak 3 kali.9 x 3 = 27.

- Perkataan dlm surah Al-Qadr ada 30 ,dan perkataan 'hiya' yang bermaksud 'dia' yang merujuk kpd lailatulqadr berada pada kedudukan 27.Seolah2 memberi isyarat yg malam qadr ini pada malam ke 27.

- Majoriti sahabat berpendapat 27,wallahua'lam.Namun ada hadis yg menyuruh kita mencari pada malam 27,29 dan 25.

- Adapun kita dgr tanda2 malam qadr pokok sujud,ianya tidak sahih drpd nabi mahupun sahabat2 baginda.

- Jangan sibuk mencari tanda,sibukkan diri dgn beribadah dan berdoa.

Wallahua'lam..
Share:

0 comments:

Post a Comment